Sunday, March 11, 2012

Almost become a TRUE Malaysian!

Assalammualaikum and Good Afternoon, silent readers!

Hello, Malaysians!! Gulp (telan air liur sat).....Okay, selama kowg hidup berdokumentasikan sebagai rakyat MALAYSIA, apakah sumbangan yang telah kowg bagi pada negara kita? (Tersentap sekejap sambil kening berkerut-kerut recall apa yang aku dah contibute to Malaysia, hahaha).

Sebagai seorang pelajar siswazah tegar sepenuh masa (yang juga sudah banyak menghabiskan duit kerajaan), dengan bangganya memberitahu bahawa aku belum lagi menyumbang apa-apa kepada negara secara langsung. BUT IT WILL BE SOON, Insyallah!

Lately, timbul kesedaran dalam diri mengambil tahu hal politik negara yang kini semakin dicemari dengan isu-isu skandal itu dan ini (dengan bahasa kasarnya, politik kotor). Kalau dalam ruangan berita, page for the political issues will be skipped. Sebenarnya, adalah sangat penting untuk kita tahu perkembangan politik negara kerana kestabilan politik sesuatu negara menjamin kestabilan dan perkembangan ekonomi sesebuah negara (cakap pon dah macam menteri kabinet dalam dewan parlimen).

Walaupun, kesedaran tentang betapa pentingnya mengikuti perkembangan politik semasa itu agak lambat (better late than never), aku dah mengambil langkah untuk jadi TRUE MALAYSIAN dengan mendaftar diri sebagai pengundi piliharaya secara sahnya pada 7.03.2012 pada umur 21++ (umur terpaksa dirahsiakan bagi tujuan keselamatan). Sesuatu yang aku bangga terhadap diri sendiri. Haha. Adik-adik diluar sana, jangan contohi akak M, sebab dia memang suka buat kerja last minute dengan menggunakan alasan, "SAYA STUDENT LAGI". 

Baiklah, sesiapa yang mencapai umur 21 tahun mengikut tarikh lahir dalam kad pengenalan atau surat beranak  digalakkan mendaftar sebagai pengundi pilihanraya. Walaupun anda adalah pelajar di universiti-universiti kerajaan atau swasta, kolej-kolej atau sebagainya, anda dibolehkan mendaftar kerana secara logiknya umur 21 tahun, manusia sudah matang dan boleh membuat keputusan secara independent. Haruslah diberi PERINGATAN, bahawa penglibatan pelajar dalam politik adalah PROHIBITED dalam peringkat Universiti kerana kita masih tertakluk dalam Akta Universiti. Nak tunjuk hebat dalam politik, buktikan semasa mengundi pada pilihanraya. Jadi, kita gunakan hak yang telah diberikan sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi memilih barisan-barisan calon yang boleh menyuarakan dan mempertahankan hak kita sebagai rakyat MALAYSIA. Malangnya, kebanyakan ahli politik di negara kita telah menyalahgunakan kuasa yang diberikan untuk kepentingan peribadi. 

Untuk mendaftar sebagai pengundi adalah sangat mudah dan tak memerlukan masa yang panjang. (Beratur beli tiket bola sepak Malaysia vs Singapura yang berjam-jam lamanya pon sanggup, takkan 10-15 minit pon tak mampu kot):

1) Pergi ke pejabat pos
2) Ambil angka giliran, tekan kategori yang ada state SPR (jangan potong Q plak)
3) Bila tiba giliran angka dipanggil, cakap kat staf tu nak daftar sebagai pengundi dan bagi kad pengenalan
4) Tunggu staf tersebut printing something kat borang pendaftaran pengundi, then die akan mintak tolong sain
5) semak semula salinan  yang staf tu bagi kat kita bahawa maklumat yang tertera lengkap dan tepat sebelum keluar dari pejabat pos untuk mengelakkan sebarang masalah ari berlaku.
6) Rajin-rajin buat semakan online sama ada nama dah didaftarkan sebagai pengundi di laman web Suruhanjaya Pilihanraya dengan memasukkan nama dan nombor kad pengenalan.

-SETTLED-
Salinan borang pendaftaran sebagai pengundi

Sudah ku bilangin, mudah ngak? (Tu dia, macam nak tukar kerakyatan). Menyesal aku tak daftar awal-awal. Hahaha, boleh la mengundi tahun ni. Dulu, masa form 5, in-charge orang-orang mengundi, tak sangka sekarang berpeluang mengundi..YIPPPPPEEE!! 

Bagi sesiapa yang belum mendaftar, sila la berbuat demikian. Mungkin kita belum mampu untuk menyumbang sesuatu pada negara tapi at least kita boleh tunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat MALAYSIA. Undi adalah rahsia, so vote wise, dear MALAYSIAN' VOTERS. Peace, yah!! ^^,

No comments:

Post a Comment