Kali ni punya entri ada sedikit bersangkut-paut dengan entri yang lepas (kesedihan kehilangan Bluppy tercinta, Life goes on....titik!). Okay, banyak kaedah yang boleh kita ambil untuk melupakan kesedihan (hilang la ketaiko'an kalu sedih2 ni). Salah satu cara adalah dengan menyibukkan diri dengan membuat kek.
Jeng..jeng..jeng..We have 2 chefs in the room! Introduce to you, Chef Syu dan Chef M (ehem..ehem...aku la tuh). Resepi kali ini adalah resepi chocolate moist specially modified version in cup. Nak tahu apa yang special sangat tuh, habiskan bacaan sehingga noktah yang terakhir entri ini.
Bahan-bahan
Chocolate moist cake
1) 2 biji telur gred A
2) 1 mug gula pasir
3) 1 mug susu pekat
4) 1 mug serbuk koko
5) 1 mug minyak masak (nak mahal sikit pakai minyak jagung)
6) 2 mug tepung gandum (nak pakai superfine flour pun no problema)
7) 1 sudu besar bikarbonat
8) 1 sudu besar serbuk penaik
9) 1 sudu kecil vanilla essence
10) Strawberry fillings (terpulang selera nak letak flavour filling apa)
(nota: Harap maaf. Sukatan di atas adalah tidak beretika and matematika sungguh)
Chocolate Topping
1) 1 mug serbuk koko
2) 1/4 mug susu pekat
3) 1 sudu kecil vanilla essence
4) 1 sudu besar butter
5 ) sedikit air bergantung kepada kelikatan toppings
6) Chocolate chips/ chocolate rice
1) Pukul 2 biji telur sehingga kembang (sehingga bertukar ke warna kuning pudar). Tapi lebih elok kalau pakai blender sebab tak payah susah pukul sampai ada muscle kejantanan...hehehe pastu boleh campurkan bahan-bahan no 2-9 secara turutan (options: guna tenaga tangan/ blender, pakai blender more efective, less-energy-usage and more fine texture-khas utk org2 pemalas)
Tara!
2) Campuran diatas menggunakan tenaga tangan sahaja okay
3) Boleh la masuk bahan bancuhan ke dalam 3/4 cup
4) sebelum dimasukkan dalam alat pengukus, boleh la masukkan 1 sudu strawberry fillings ditengah-tengah campuran bahan tersebut
5) Kukus dalam alat pengukus selama 20-30 minit. Kalau pakai multi cooker, laraskan penanda ke middle-heat. Untuk tahu, kek sudah masak atau belum, gunakan kayu stick/ garpu dan cucuk ke dalam kek tersebut. Sekiranya bila diangkat tiada adunan yang melekat menandakan kek boleh di'harvest' seperti gambar di bawah
Dah boleh dimasukkan dalam perut pon ni. Tapi kalau rajin, boleh buat dekorasi atas kek cup ni. Nak tiru mcm yang kiteowg buat ni pon boleh. No fees and taxes are needed. Feel freely to copy-cat.
6) Boleh campurkan ramuan untuk buat chocolate topping seperti yang tertera di atas secara berturutan.
7) Lepas tu, kalau nak nampak fancy and comel, leh tambahkan dekorasi menggunakan chocolate rice dan chocolate chips kat atas cake cup tu. Biasanya, penggemar cake ni adalah dikalangan budak-budak seperti aku, aku dan aku (tak sape nak marah kalau perasan budak pon), so, kene la ader kasi daya tarikan.
Then, the choc moist cake in cup is ready to be package and deliver. Kowg boleh wat present gak choc cake ni.
Lupa nak bagitahu, make sure your cakes can be eaten and chewable. Tips untuk rasa sedap tak kisah la dalam masakan atau membuat kek haruslah bermula dengan bismillah, ikhlas dan ramuan paling penting, put some love in the mixture.. hehehe..Okay, give a try! It's worthy to put some efforts in it.
Some info: Bagi sesiapa penggemar pembuat apa jua kek dan chocolate di kawasan selangor, boleh la datang ke kedai pemborong dan pembekal bahan-bahan kek, YUMMIES bertempat di Bandar Baru Bangi berhampiran dengan Kopitiam Bangi (alamat spesifik akan diupdate kemudian).
Peace, you all ^_^
No comments:
Post a Comment